Bowling + Karoke.

Ini sebenarnya cerita hari Rabu (20.7.11). Baru sekarang nak post sbb tak ada masa. Okey Ain cerita dari mula. Kat sekolah ada exam Add Maths. Itu paper yg terakhir. Memang subjek yg paling aku tunggu tunggukan. Favourite la katekan~ Bahahaha! Start exam pukul 9.20. Aku kalau time Add Maths, macam macam penyakit datang. Sakit perut la, pening la, nak demam ah. Ngada ngada betul! Maybe terlalu nervous + excited kot? Muahahahaha. Anyway, keseluruhannya senang lah but soalan last combination aku tak tau nak buat. Memang la senang tapi aku tak faham. So aku rasa sebak time tu. Nasib baik tak meleleh air mata... Hahahaha.

Lepas rehat ada Majlis Persaraan Pn. Kamariah. Beliau ajar kami subjek Sejarah time form 4. Paling aku rasa kelakar part sliding tu jatuh. Dah la aku duduk jauh, boleh pulak tutup muka sbb takot jatuh sampai sini. Adoyyy~ Ada menari, bagi sajak dan sebagainya. Kami sekelas bagi Pn Kamariah tupperware. Bukan yg murah ok tapi mahal~ Bye bye cikgu, jgn lupakan kami di sini.


Lepas habis sekolah, pergi Metro Kajang and makan kat food court. Memang kalau stayback, kat situ jela makan atau pon kat kedai roti. Then lepas makan, kteorg pergi Metro Point. Tak ada lah jauh mana. Exercise kan satu kebaikan. Ecehhh~ Lepas itu pergi tingkat atas sekali. Bukan bumbung ok. Pergi ke bowling center. Kteorg main 3 lawan 2. Ain dgn Intan satu geng. Elena, Amera dgn Nailah satu geng. Memang "power" la sangat aku mainkan sampai masuk longkang byk kali.

 ANNZ tu aku lah. Hehehe.


With Puteri.

  With Elena.

With Nailah.

Tak cukup satu game, tambah lagi. Game yg pertama memang aku hancur la kan tapi game kedua dah semakin hebat. Muahahahaha! Game kedua Puteri join geng aku. Haha, jgn risau weh. Org first time main memang selalu masuk longkang. Aku pernah merasainya. Huhu.

Kalau anda bijak + cerdik, anda takkan tertipu dgn markah yang aku dapat. Huhu.


Tak cukup dua game main, perghhh tamak haloba semua. Karoke DUA JAM dohhh. Memang aku perlu sumbangkan suara aku yang sedap ni la kan. Macam macam lagu aku nyanyi. Ada satu lagu ni, tajuknya Fantasia Bulan Madu yang kumpulan Search nyanyi. Time aku nyanyi lagu ni, ada org yg tidak dikenali tiba tiba pergi ketuk pintu kteorg and tunjuk good kat aku. Maknanya suara aku sedap la. Hahaha LOL. Yang paling kejam sekali, time Puteri nyanyi boleh pula mamat tu ketuk pintu kteorg and tutup telinga. Haishhh. Kejam sungguh. Penat wehhh... Dah banyak duit aku habis.


Aku bajet je lebih. Nyanyi tak sedap mana pon sebenarnya.

Btw, hari yang sangat memenatkan but BEST! Itu baru habis ujian. Belum habis SPM. Kalau habis SPM, mesti 24 jam karoke kan. Hihihi. THANKS MY FRIENDS :)

No comments:

Post a Comment

Ce komen ce komen :)