Segmen yang Ain join :)

Segmen yang saya masuk. Jom la join, hee~



Btw, JOM JOIN SEGMEN YANG AIN BUAT!!!

Mari LIKE fan page blog saya. Dan FOLLOW Twitter dan Instagram saya, hehe. Terimasss~

Instagram

Best lah Open House, huhu.

Hari yang BUSY + BEST sesangat sebab dapat jumpa kawan kawan sekelas kat open house rumah Hazirah. Memang meriah gila. Walaupun penuh dengan orang yang saya tak kenal, tapi ada aku kesah? Kita redah saje ahhh. Okey mula mula raya rumah Along a.k.a Azianty. Mak Ain hantar awal sebab mereka nak pergi kenduri. Open house start pukul 3, Ain pergi dengan Along and kawan kawan. Sebelum tunggu nak pukul 3, lepak lepak la dulu dekat rumah Along. Then pukul 1 macam tu, Along and mak dia nak pergi KL untuk ambil barang. Okey, first time aku tinggal berdua dengan nenek Along, haha. Macam macam benda lawak terjadi tapi tak apa lah, hahahaha.

Pukul 3.30 lebih macam tu, baru bertolak pergi rumah Hazirah. Perghhh sesak gila. Bila sampai sana, tengok tengok separuh daripada kelas ada dekat ruang tamu. Memang best la kan dapat jumpa kawan kawan. Padahal hari Isnin jumpa balik, muahahahaha. Ada lemang, rendang, rojak, mee, cendol, roti jala dan sebagainya. Apa yang aku nampak, semua aku masuk dalam mulut. Teringin nak karoke tapi tak ada siapa nak teman. Maklum lah suara saya bukannya sedap mana, wek wek. Hihihihi.

Lepak sana sampai pukul 6.30. Ala lagipun bukannya rasa malu macam sebelum ni. Satu meja penuh dengan kawan kawan so OK la. Okey nahhh tengok gambar yang Ain sempat tangkap.

Muka excited nak raya, LOL!




Meet Akun :)

Azri dan Zahira.

Ain with Hazirah, tuan punya rumah :)


BEST kan?

Malam makan Pizza Hut, nyumm nyumm. Order jerrr... Memang dah lama mengidam nak makan spaghetti akhirnya dapat juga, hehe. Sampai full perut nohhh. Then baru teringat yang adik Ain bernama Adib akan pulang hari ini. Hey, bukan pulang dari sekolah tapi pulang dari Jakarta youuuu. Sekolah sponsor tuuuu. Untunglah buat show kat sana. Orkestra. Hari tu pergi Singapore. Untunglah kau Mal, dalam setahun 3 kali pergi luar negara. Aku pergi sekali dalam 3 tahun je. Ish ish ish. Btw, bertuah betul ada adik macam ni. Ingat jugak kat aku kan. Dia belikan aku baju and keychain. Walaupun tak sehebat mana tapi sebagai kakak saya hargai walaupun saya selalu membelasah anda, muahahahaha!



Okay sekian~

Sepanjang bulan Ramadhan di sekolah

Okey, kan entry yg lepas Ain ada cerita nak kongsi kat anda apa yang Ain dan kawan kawan buat kat sekolah sepanjang bulan puasa. So ini Ain nak kongsi.

Memang best. Walaupun penat tapi itu semua bukan alasan. Kalau hari yang ada subjek PJ, kteorg tetap main di padang. Lari sana, lari sini. Rileks la. Time bulan puasa pon kena exercise. Macam macam peristiwa yang terjadi seperti kena tukar tempat duduk dalam kelas. Dulu Ain duduk sebelah Nitya, then kena tukar duduk sebelah Nadhirah. Kenapa kena tukar? Ada la sesetgh orang yang buat bising so cikgu marah sebab itu satu kelas kena ubah tempat duduk. Hmmm mungkin ada hikmah disebaliknya. Anyway Ain dah happy sekarang. Hee~

Ada yang tak kena dgn senyuman dia, haha.

Dalam seminggu, 4 hari kteorg stayback utk buat studygroup. Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat. Bukan sebab sesaje tapi sebab nak belajar. Trial kan nk dekat. So kalau ada yang tak faham, boleh tanya kawan kawan. Setakat ni, ok la. At least daripada tak tahu apa apa pasal Akaun, sekarang ni tahu sikit sikit. Terima kasih kepada kawan kawan yang sudi mengajar. Hee~



Untungla siapa yang sekolah dia semua perempuan. Kalau tak puasa tu, boleh minum and makan tapi bukan di kantin. Di dalam kelas suda. Ain tengok dah macam buat kenduri besar besaran pulok. Ada yang bawak nasi goreng, maggi goreng dan sebagainya. Haha. Tapi kena la hormatkan dgn orang yang puasa. Tapi Ain tengok orang yang puasa selamba je tengok orang yang tak puasa makan? Korang ni bagus lah. Boleh tahan tuuu... Kat perpustakaan pon kteorg buat kenduri, haha. Sorok bawah meja tapi jgn risau, lepas ini dah tak buat daa. Ahaks~

Kenduri sakan dalam kelas oiii~

Kalau bab bab kelas ni, memang aku paling bersemangat! Kalau bab bab rumah sendiri... ala kadar jela. Hehe. Tengok, sampai banner pon bawak balik rumah then touch up balik. Sampai tulis "MALAYSIA" pon jadi "MAYSIA". Kau ingat Messi apo. Jenoh aku nak padam balik. Penat kottt~


Tadaa~

Kadang kadang tengah belajar boleh pula nyanyi. Macam macam lagu raya. Lagu lama pon jadi laa. Tak dengar suara aku lagi, ramai yang suka tauuu~ Eeee~

Kami pon nak rayeeee.... Hee~

Okey itu sahaja. Aku pon dah lupo apo nak tulis. Hehe. Itulah, lepas raya baru nak post. Muahahaha! Okay, sekian~