Sambutan Maulidur Rasul di Bangi Perdana.


Assalamualaikum semua. Hari ni ada sambutan Maulidur Rasul kat taman Ain. Jadi setiap lorong kena ambil bahagian dalam acara perarakan. Semalam cat banner sampai pukul 1.30 pagi. Ini ENTRY nya. Perghhh pagi pagi dah kena bangun. Sebenarnya Ain malas nak pergi. Ayah kejut punya kejut, ibu pon bebel punya bebel. Last last pergi jela. Nak sedapkan hati mereka kan. Elehhh kata pukul 8 pagi dah kena ada. Ni berapa kerat je yang ada. Tak sampai 10 orang. Lorong lain pon tak sampai lagi.



Lorong 3/14 je yang bersemangat, haha. Awal awal dah sampai and beratur kat perkarangan masjid. Then satu demi satu lorong datang. Ingatkan ramai rupanya 5 lorong je yang ambil bahagian. Ek eleh, sikitnya. Masing masing pakai baju ikut tema, nak menang kan so kena seragam.

 Budak ni comel oh pakai selendang, haha.





Jalan keliling masjid je. Tak ada lah jauh sangat. Ain, dengan kawan kawan Ain duduk belakang sekali. Jadi bodyguard jap, haha. Lepas dah habis ada makan makan. Lepas makan ada ceramah. Ingat ceramah pasal Rasulullah ke, ini pasal kahwin. Adoyyy~ Macam mana aku tak ngantok kan. Lepas ceramah ada beberapa pertandingan. Mula mula Ain letak nama Ain kat pertandingan melilit selendang dekat kepala ibu tapi tunggu punya la lama dan panas pula tu so Ain cancel jela nama. Baik balik rumah sambung tidur, ish ish ish.



Adik Ain and cousin masuk pertandingan mewarna. A ah, first time aku tengok Kaabah kaler berwarna warni, haha. Budak budak, biase lah kan. Adik Ain dapat tempat ke 4 padahal hmmm bukannya lawa sangat, haha. And and nak tahu tak kami dapat no berapa dalam perarakan tu??? Hahahahah NOMBOR DUA kottt.....  Wowww! Hebat kot! Padahal berterabur, haha. Syukur syukur. Ok itu saja, sekian~

No comments:

Post a Comment

Ce komen ce komen :)