Jack Reacher uuu~

Tengok jangan tak tengok!

Assalamualaikum. Ok now Ain nak story pasal hangout dengan kawan kawan UiTM pada Khamis(27.12.12) hari itu. Sekarang kan tengah cuti mid sem tapi nak dekat habis daa. Asalnya plan nak ajak satu kelas pergi hangout tapi ada yang busy la, apa la so kami berENAM sahaja. So sad hahaha tapi tak apa lah. Asalkan keluar. So kami pergi ke Wangsa Walk. Ain first time pergi situ. Pergi sana naik LRT. First Ain dari Stesen KTM UKM pergi ke Stesen KTM KL Sentral. Then tukar, ambil Stesen LRT KL Sentral ke Stesen LRT Sri Permai. Gila jauh kot merantau!

 On LRT. Otw to Sri Permai Station.

 Jalan kaki nak pergi ke Wangsa Walk.

Sampai sana terus menuju ke tempat wayang. Kteorang nak tengok movie bertajuk Jack Reacher! Uuuu~ Best lah jugak hahaha. Yang lawaknya suara Ain, Farah dan Tasha je yang macam riuh gila. Yela ada part yang macam terkejut, scary semua kteorang jerit hahaha. Pastu gelak la, cakap la, hahaha memang best lah!

 Kami berENAM! Iffah, Suhaila, Farah, Ain, Tasha dan Zahida.



Lepas tengok wayang, solat Zohor semua then pergi makan pulak. Kteorang keluar daripada Wangsa Walk, jalan kaki ke Carefour. Tak jauh la... Makan kat Jombali. Uuu sedap sangat! Nyumm nyumm~


 Our food~ Sedap kannn~


Dah kenyang makan, pergi balik ke Wangsa Walk. Jalan kaki lagi, hahaha. Exercise la katekan~ Pergi karaoke kat Superstar! 1 jam sahaja.








Dah penat menyanyi bagai, it is time to go back home. Lepas solat Asar, gerak ke Sri Permai Station. Jalan kaki la derrr. Then sampai KL Sentral, masing masing berpisah. Saya ke KTM UKM lew...



Cehhh ingatkan Wanga Walk tempat yang macam gempak gempak but biasa biasa jela hmm. Ok lah bagi orang yang pertama kali datang. Macam macam tempat hiburan yang ada kat sini. Bowling ada, karaoke ada, wayang ada. Tempat makan pun macam macam ada. Ok lah, itu saja. Sekian~

P/S: Cuti mid sem sudah habis. It is time for me to go back Terengganu. Huwaaa~

1 comment:

  1. dah sampai sri rampai nak jalan kaki ke wangsa walk cm mane eh? tengok sign board?

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)