Short Vacay With Classmates.

Assalamualaikum~ Ok Ain nak kongsi cerita pasal pergi ke Melaka pada hari Jumaat (20/1/17) yang lepas. Actually hari Khamis sebelum tu adalah paper final bagi semester 5. So kami semua sudah merdeka! Wohoo~ Now tunggu nak internship sahaja, huhuhu pejam celik pejam celik dah nak habis degree. Cepat rasanya!So apa lagi, let's enjoy! Yela nanti susah nak jumpa semua orang.

Ni semua classmates Ain. Yang pergi Melaka ni pun 18 orang daripada 29 orang. Kejap je pergi, 2 hari 1 malam.

DAY 1 (20/1/17)
Total semua 4 kereta, sumbat je haha. First 3 kereta dari Puncak Alam. Then gerak pergi ke Puchong sebab nak berkumpul and ambil barang masak kat sana. Lebih kurang pukul 12 lebih baru gerak, itupun janji melayu haha.



Sebelum sampai tempat menginap, kami singgah makan tenghari dulu. Kat situ ada gerai jual mee bandung, mee udang, ikan patin masak tempoyak. Sedap! Gerai tu belah kiri anda kat Simpang Empat, berhadapan dengan cendol bakar, laluan nak pergi Melaka Premium Outlet. Anda patut try!

Kami menginap di A Famosa Villa. Ala yang rumah banglo tu. Besar jugak lah rumah tu. Ada 4 bilik tidur and 2 bilik air. Swimming pool dia pun besar. Sementara nak tunggu malam, kami pun potong potong, hiris hiris apa yang patut untuk BBQ malam ni. Habis je semua kerja, mandi swimming pool. Yeay! Hahaha besttt!

Besar weh kolam dia.

Lepas solat jamak, semua get ready. Its BBQ time! Lelaki lelaki ditugaskan bakar ayam semua and perempuan perempuan ditugaskan di dapur untuk masak. Macam macam ada! Ada ayam, jagung bakar, kentang bakar, spaghetti, pudding, kek batik, coleslaw and air oren. Banyak gila makanan sampai tak habis. Anyway kenyang gila! And of course sedap!


Our late dinner. Pukul 10 lebih baru dapat makan.

Habis makan, main game pulak. Hahaha best gila! Tidur pun almost nak dekat pukul 5 pagi sebab main game punye lama. Seronok lah sebab dapat berkumpul dengan kawan kawan sekelas. Bukan senang nak gather lepas ni sebab masing masing busy nanti. Hmmmmm. Sooo ready for the next day!

DAY 2 (21/1/17)
Masing masing bangun pukul 10 lebih, hahaha padahal kena check out pukul 12. Kemas barang semua, kemas rumah and breakfast semua. Selepas itu, kami semua ambil gambar. Ambil gambar depan pintu masuk A Famosa jugak, hahaha.




Girls and boys BM242 5L.


BM242 L (2015-2017).

Habis ambil gambar semua, gerak ke rumah nenek kawan Ain. Lunch kat situ. Kami makan nasi lauk ayam masak merah, telur sambal and sayur campur. Sedap! Habis makan, solat jamak kat situ. Then gerak ke destinasi seterusnya.


Next kami pergi ke area Jonker Walk sebab nak pergi makan kat Jonker 88. Ramai orang dalam kedai tu. Makan cendol and mee kari. Assam laksa dah habis, sobs. Not bad lah. Sedap jugak! Try lah! Selepas itu, minum coconut shake pula yang otw pergi Pantai Klebang.


Cendol dan coconut shake. Nyum nyum~

Depan Jonker 88.

Next gerak ke Pantai Klebang. Lepak lepak and main game True or Dare. Hahaha lawak! It was a nice moment with friends sebab dapat gelak sama sama, kongsi cerita semua. Moment paling berharga lah!



Habis lepak, then again pergi makan lagi, haha. Kali ni pergi ke Restoran Pak Putra Tandoori & Naan. Ia famous dengan roti nan cheese! Ramai gila orang! Kami semua nak tunggu meja kosong pun agak lama. Tapi nice gila lah makanan. Sedap! Ain order butter chicken and bombay chicken apetah haha tapi memang sedap. Order satu mana cukup, so order dua hehe.

Last dinner with them.

Habis makan, isi minyak semua and berkumpul last kat RnR Seremban. Solat jamak kat situ. Alahai sedihnya nak berpisah dah. Salam salam dengan semua, bagi ucapan then masing masing split balik ke tempat masing masing. Ain balik Bangi dengan kawan Ain. Yang lain ke Puncak Alam sebab diorang balik ke rumah sewa and kolej. Byeee korang...

Btw, it was a great trip with everyone walaupun sekejap sahaja. Part paling terharu time main game "apa kau rasa pasal dia" haaa. Semua kata kata kat dalam kertas tu pasal Ain, memang membuatkan Ain sedih lah sebab tak sangka orang anggap kita macam tu. Thanks for your nice words guys. Really appreciate it. Then dapat gelak sama sama, bercerita semua and macam macam lah! Memang best! Lepas ni susah lah kita nak jumpa semua sebab masing masing dah bawak haluan sendiri. Jumpa pun maybe time graduation. Harap kita semua dapat graduate on time bersama, aamiin~

Last but not least, you guys can check the full video about this short vacay. Boleh klik sini DAY 1 and DAY 2. So ia akan link kan terus ke Youtube channel Ain. So thats all. Sekian~

Friends till the end.

P/S: APAAA??!!! PAPER RESEARCH KENA RE-SIT BALIK??? Aduhhh menyusahkan sahaja. Baru nak rasa bebasss, sobsss. Ni semua angkara cawangan lain yang meniru, satu UiTM (yang ambil subjek tu) kena ambil semula, ish! 

P/S again: KLIK SINI untuk tengok post pasal classmates Ain, hehe.

7 comments:

  1. uitttt.. bestnya dpt g holiday dgn kwan2.. tringt kngan mse belajar dlu... huhu..

    p/s : hi... sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye dan tinggalkan komen seikhlas hati.. :D ty..

    Kenapa Allah Ciptakan Neraka?

    ReplyDelete
  2. Rindu zaman jenjalan dgn kwn2 :)

    ReplyDelete
  3. Bespoke web development and web design
    Manufacturer websites for business - the company WebiProg offers you bespoke web development and web design of online stores based on CMS OpenCart or other platforms. You will get: custom desing, speed optimization, security patches, catalog, multilingual, multisite, connection to different payment and delivery systems, etc. Visit us at: http://webiprog.com

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)